Followers

Thursday, April 23, 2009

Slump Test






Hari ni pelajar pelajar menjalankan "slump test" kat bengkel sambil diperhatikan oleh pengarah projek (saya le). mereka dikehendaki membuat nisbah 1.2.4 dengan kaedah berat.

saya sediakan bahan bahan dan minta pelajar buat sebagai praktikal. neraca, simen, pasir, batu dan air. pandai pandai la korang. ternyata mereka teruja nak buat praktikal tu.

sini ada beberapa gambar untuk tatapan betapa rajin dan terujanya mereka buat "slump test"
ni.

gambar yang bawah tu masa duk kacau kacau adunan supaya rata dan sebati sebelum ditambah dengan air. sengaja dera budak lelaki buat. budak perempuan boleh buat masa foundation kolam nanti.

adunan tadi dicampor dengan air dan dikacau sehingga sebati. dah siap kacau kacau masukkan pulak ke dalam 'special kon' sehingga 1/3 kon tersebut. lepas tu ada sebatang besi dilepas kan dengan bilangan 25 kali (bukan baling).

selesai 25 kali, tambah lagi sampai 2/3 ulang lagi 25 kali, tambah lagi sampai penuh, ulang lagi 25 kali. akhir sekali keluarkan kon, tengok konkrit. ukur dengan kon dan lihat perbezaan ketinggian. gambar akhir menunjukkan konkrit diorg ada beza <50 mm - sesuai untuk ground floor dan beam. sekian terima kasut.

Kerja-kerja Membina Kolam dan Jejambat

Kat sini saya nak share projek pelajar - ada dua projek yang dicadangkan dan telah dipersetujui oleh bigbos.
  1. merekabentuk, membina dan menyiapkan satu kolam yang mengandungi biawak (lawak je)
  2. merekabentuk, membina dan menyiapkan satu jejambat dengan konsep gerbang (arch)
dua dua projek ni dah jalan - progress projek ni saya akan repot kat sini. hehe. kasi makngahmoon punye blog glemer.

Ini buruh buruh paksa kerja kolam - kerja awal tapak termasuk membersih, menggali (asalnya nak buat 4 kaki tapi tak jadi sebab banyak 'benda keras' dalam tanah tu - sisa binaan kontraktor terdahulu)
Dapat la sekaki lebih. Buruh dalam tu sedang memijak mijak menggantikan tugas 'steamroller' untuk memadatkan tanah.
sekian progres report. nanti sambung lagi.

Tak tau baca, tak tau Tulis


jadi cikgu ni kene banyak sabar-pesan orang lama yang dah lama jadi cikgu. saya terima pesan itu secara positif dan saya cuba asimilasikan dalam kehidupan harian saya sebagai cikgu.

saya ajar literasi komputer untuk pelajar tingkatan satu dan dua. ada yang terlalu lalu la pandainya lagi pandai dari cikgu - main game dan paint (yang tu je bole harap)

saya suka dengan tulis nota dan menjadikan nota tersebut sebagai rujukan kepada pelajar saya sewaktu praktikal. tujuannya nak mengaktifkan neuron dalam otak mereka supaya sel otak boleh berhubung untuk menerima pelajaran.

malangya langit tidak selalu cerah, kadang kadang pagi cerah aje, malam ribut. sama juga dengan situasi saya. ada dalam kalangan pelajar ini memang buta huruf, taktau baca, taktau mengeja - tau pegi sekolah sebab makayah suruh pegi sekolah - dan 90% tekun dalam kelas saya.

budak ni nama akid, taktau baca dan tulis, main bantai je ikut apa yang saya papar kat projektor. ada beberapa pelajar yang sama level dengan dia. akid belajar rajin-rajin ye. (gambar dari belakang je - nanti kene saman)

Kereta Semek


inilah dia gambar kereta 'baru' semek, sebelum kereta ini dicat, cantik lagi, tapi tadi petang, pegi tengok dah bogel abis, tampal tampal ngan suratkabar.

mula mula sampai tegezut kerana :

1. biasanya used car ni cat layang sesuka hati je
2. abis berbogel kereta cantik ni, macam buruk la pulak
3. tak sangka detail keje tokey cat kreta ni.

encik raja bagitau, kalau nak cat, biar puas hati. takmau la ada cat terspray kat cermin la dan macam macam lagi, takmau client komplen katanya-sebb tu kene buat baik baik dan lawa lawa.

apa apa je la encik raja, yg penting, siap karang mesti lawo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...