Salam 22 Ogos dan 22 Ramadhan semua..dan selamat berpuasa bagi umat-umat islam semua..
Hari ini ummi terbaca cerita pasal kurma tiruan.
.(macam menyeramkan jer bunyinyer) sebab tergamak jugak diorang ni menipu pada bulan-bulan puasa ini kan..
Cerita ini pun ummi copy n paste kat paper kosmo jer..
jemputlah baca yer!!
|
PERBEZAAN kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar. |
GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan
menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual
buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.
Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.
Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang
berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah
kurma ini dijual semula.
Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan
disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah
kurma kualiti sederhana.
“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti
kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah
dicampur gula merah.
“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di
kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber
yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.
Oklah..semua..diharap dengan berita ini kita semua akan lebih berhati-hati dalam memilih buah kurma untuk berbuka puasa..pastikan memilih kurma yang berjenama sahaja..
(jangan beli yang ditimbang ok!!)