Thursday, November 12, 2009

2 bulan daaa....

Mmmmm....sedar tak sedar,
rupa-rupanya dah 2bulan bersalin.
so Naufal pun genap la omurnya 2bulan,besar dah anak ummi ni.
mmm...dah takder idea nak tulih..hayati la syair kat bawah ni..

Khas untuk anakande tersayang:
Muhammad Afiq Naufal

Kanak disayang disayangsayang
Besarlah kanak tak lupa mengenang


Kanak disayang disayangsayang
Tidaklah lupa nasihat tuk sembahyang

Berdoalah kanak berdoalah sayang
Siang malam pagi dan petang


Doakan ampun ayah bunda tersayang
Agar hidup terasalah lapang


Inilah syair untukmu sayang
Agar hidup terasalah tenang


Inilah nasihat untukmu sayang
Sebagai syair menemu dendang





(Gambar-gambar terbaru Naufal,genap 2bulan)

Saturday, November 7, 2009

Muhammad Afiq Naufal

Untuk sesekian kalinya mak ngah @ mak der kembali semula merepek dan merapu di blog ni setelah berkurun lamanya menyepikan diri.

Tok pengetahuan seme mak ngah dah 58ari.nak abis pantang 60ari dah pun.
sebenarnya mak ngah tak berape bermood sangat nak menaip ni.yelah tengah2 nak perah idea tibe2 si naufal ni ek,ek,ek...wat sore macam2,pastu plak waaaaaaa...nak nenen je kejenyer..ish,ish,naufal,naufal.tu la pengarang jantong ati abah ngan ummi.
Naufal dah makin berisi badannya..pipi pun makin ari makin nak naik..

klaa,ckup dl tok ari ni..kite tgk gmba2 terbaru naufal..




Sunday, October 11, 2009

break down

salam
mokde successfully delivered our afiq naufal on 13 of september. 17 she was allowed to go home. 19 the wound break down, and again warded on 19th, a day before raya. and on last friday, 9th she was allowed to go back home and today the wound break again. very funny. nanti ada mood cerite lebih detail. currently, i become doc myself, doing dressing to mokde wound. biar lambat asal tak tersiksa jiwa dan raga.

sekian terima kasih

Sunday, September 13, 2009

ceasar

ceasar adalah raja rom zaman dahulu.
tapi hari ni 13-09-09 mokde@makngah melahirkan sorang bayi secara ceasar kerana bleeding yg terlalu banyak.

baby gender : male
baby weight : 1.5 kg
premature 30 weeks

tukang bedah : norliza

tarikh lahir sama ngan dene semek. 13 hb tu sama dgn arwah kak long dia , auni (13-06-08)
kali ni aku harap anak aku survive dengan jayanya amin.

Tuesday, September 8, 2009

bleed

kemarin mokde bleeding. quarter jugakla. doc tak bagi mokde gerak dah. duk atas katil je 24 jam. berak kencin sume atas katil. dah 3 botol sodium dah masuk dalam mokde. stakat jam 7ptg semalam botol ke 4. ctg buat utk cek jntng bayi. normal je. entahlah. banyaknye dugaan. fuh.

Monday, September 7, 2009

cucok montot

haihai. hari ni mcm biasa pegi melawat makngah kat hoshas. jam 630 petang datang la misi bagi tau kat muka pintu je.

misi : ha, munirah dan linda, kejap lagi cucuk bontot yaaaa

aku igt budak kecik je kene cucuk bontot. kahkahkah

p/s : cucuk buntut utk matangkan peparu baby.

Saturday, September 5, 2009

kalau aku kaya

kalau aku kaya-raya(pada waktu entri ini ditulis) aku nak buat seperti berikut:

  1. belikan mesin ultrasound tercanggih abad ini, beli 200 unit ke 500 unit ke, harga seunit 2.3 juta.
  2. aku gajikan dokter-dokter supaya sentiasa mencukupi bilangan dokter dengan bilangan pesakit yg depa kena jaga.
  3. aku tambah lagi bangunan supaya lebih ramai pesakit boleh ditempatkan di wad.
  4. aku anta nurse yg kerek-kerek pegi kemah dalam hutan baru diorg tau susah senang hidup.
  5. aku tuka waktu melawat dari 5-7 ke 6-8 supaya aku boleh berbuka puasa sama sama dengan isteri pertama aku.
  6. aku nak letak tiwi, kompiter, internet wifi, telepon, astro, couch dan macam macam lagi supaya isteri aku tak kene marah p jalan kat depan tgk tiwi.
  7. dan lain lain lagi yang difikirkan seswai pada waktu ini.
hoh. penatnya. daaa