Followers

Thursday, December 15, 2011

kawen..kawen..kawen....

Salam semua..

Maaflah coz da lamer tak merepek kat blog ni...da terok bersawangnyer...
maklomla kalo da terbanyak makan vitamin 'M' memang camni la jadinyer..huhuu

Oklah..disini ummi pon da tak berapa nak ader mood sangat nak menulis n mengarang...
cumer leh letak gamba jer..sekarang ni kan maklom la cuti2 sekolah ni ramai la yang nak naik pelaminnyer..
jom kiter tgk sedikit gamba2 kawen ibu saudare dan sepupu i...huhuuh

Pengantin tgh bersolek...

bergambar dikamar beradu..

naufal pon nak tumpang glamour jgk...

semasa akad nikah..

penulis turunkan autograf...
saat bahgia...

Semoga Mak linda n Pak Duan berbahgia ke anak cucu.. Aminnn...

pengantin bersama pink group...

makan beradap...

Majlis Bertandang ke cheras...


Semoga Along Nisa dan Hafiz berbahgia sepanjang hayat...cepat2 la  dapat baby ok!!!

Sekian..sebahagian gamba yang dapat ummi kongsi bersama...yang lain akan dipostkan kemudian..k..



Tuesday, August 23, 2011

Kad Raya untuk semua...

Salam semua...

Disini ummi sekeluarga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog  http://www.ngahmunirah.blogspot.com ini... :)

ok la..setelah berhempas putas membuatnya......... ini lah hasil kad raya bagi tahun 2011 ini...
-

-

-

TADAAAA.......

shantek tak kad raya ni..(heheh pasannyer aku)






ok..jemput la datang kerumah yer!!!!


Sunday, August 21, 2011

Ragam Anak-anak..

Salam semua..
Kali ini ummi nak cerita pasal gelagat anak-anak..

Cuti hujung minggu yang lepas, ummi sekeluarga balik ke kampung abah di pekan..

Jom kiter tengok gelagat naufal bergambar bersama sepupunya Siti Hawa dan Deney..hehheehe

tengok ni naufal nak posing mengada2..

adik pelok nofai..

kakak, nofai n deney

aik..jgn lari tak abis gamba lagik..

peace!!!

Tomey tol la budak-budak ni bergamba kan..hahahah..
dan tuk manak lak..kalo perasan la..naofai dari atas sampai bawah semuanyer made by manak..
dan kalo manak perasan lagi kasut nofai dan deney sudah bertukar...hahahahah
dan tuk mama fyza lak. thankz atas layanan y beh..maner gambo menu2 tu xsabo nak tengok..hahahahaah




Jangan tertipu kurma RM1

 Salam 22 Ogos dan 22 Ramadhan semua..dan selamat berpuasa bagi umat-umat islam semua..

Hari ini ummi terbaca cerita pasal kurma tiruan..(macam menyeramkan jer bunyinyer) sebab tergamak jugak diorang ni menipu pada bulan-bulan puasa ini kan..

Cerita ini pun ummi copy n paste kat paper kosmo jer..

jemputlah baca yer!!



PERBEZAAN kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar.

GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.



 Oklah..semua..diharap dengan berita ini kita semua akan lebih berhati-hati dalam memilih buah kurma untuk berbuka puasa..pastikan memilih kurma yang berjenama sahaja..(jangan beli yang ditimbang ok!!)



Thursday, August 11, 2011

Jerat menjelang Aidilfitri

 Salam semua...

Sudah 12 hari kita berpuasa..harap kita boleh sampai kepenghujungnya..huhuh

Kali ini ummi nak cerita pasal kes ceti haram atau along..cerita ini pon ummi copy n paste kat paper jer..Sila la baca entri kat bawah ni yer..hehheh



Golongan ceti haram atau along dikesan mengambil kesempatan memerangkap umat Islam yang kini sibuk membuat persiapan Aidilfitri dengan menawarkan pelbagai pakej pinjaman khas termasuk dinamakan Promosi Hari Raya 2011.

Berdasarkan hebahan yang dibuat melalui pelbagai cara termasuk pengedaran risalah, tampalan poster di tepi jalan raya, malah melalui paparan iklan di akhbar, wartawan Harian Metro menghubungi beberapa along dan menyamar sebagai bakal peminjam untuk mendapat maklumat lebih lanjut.




Along pertama yang dihubungi berkata, pihaknya mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Klang dan mampu memberikan pinjaman sehingga RM10,000 khas untuk umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Menurutnya, kadar faedah atau bunga dikenakan lima peratus dan menyasarkan pinjaman itu kepada pekerja sektor awam, swasta dan kakitangan serta pesara kerajaan.

Namun, syarat utama ialah semua peminjam dikehendaki membuat pembayaran selepas musim Aidilfitri berakhir.

“Kami hanya mahu tolong, kalau anda sudah buntu, kami sedia bantu,” katanya.

Menurutnya, setiap peminjam harus melangsaikan jumlah pinjaman sebanyak RM10,000 secara ansuran selama setahun atau dua tahun dan jumlah faedah dikenakan RM5,677 setahun.

“Untuk meminjam kami mahukan penyata gaji terbaru selama tiga bulan, kad ATM, bil air dan elektrik serta penyata bank selama tiga bulan. Kami berjanji tidak mengapa-apakan peminjam sekiranya mereka gagal membayar hutang,” katanya.

Along kedua yang dihubungi pula berkata, pihaknya memberikan pinjaman khas berikutan mahu membantu orang Melayu mendapatkan perabot baru, kuih, pakaian dan juga duit raya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kami mempunyai banyak skim antaranya pinjaman jangka panjang, pinjaman bulanan, pinjaman bayaran bunga dan pinjaman mingguan,” katanya.

Along yang berpangkalan di Shah Alam itu mendakwa mengenakan bunga serendah 1.5 peratus dan proses permohonan hanya memakan masa selama 30 minit.

“Jika anda mahu kami boleh beri pinjaman dari RM5,000 sehingga RM10,000 khas untuk Aidilfitri ini,” katanya.

Katanya, untuk meminjam pelanggan dikehendaki membawa surat pengesahan kerja, buku bank, penyata gaji tiga bulan dan bil air.

Sementara itu, along ketiga yang dihubungi berkata, pihaknya menyediakan pinjaman khas Aidilfitri sehingga RM20,000 tetapi ia terhad untuk kakitangan awam atau pekerja swasta yang bekerja di syarikat besar saja.

“Kami ada tawaran untuk raya, tapi kalau kerja kilang kerja biasa-biasa saja kami tak mahu,” katanya.

Mengulas taktik licik golongan along ini, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, umat Islam perlu sedar sambutan Aidilfitri tidak menuntut mereka berhabis-habisan sehingga berhutang.

“Tindakan berhutang semata-mata membeli kelengkapan raya tidak wajar dilakukan dan hanya menyusahkan diri sendiri kerana mereka ini dibebani beban membayar hutang.


“Sepatutnya puasa mengajar kita erti mengawal nafsu, seelok-eloknya ukur baju di badan sendiri sebelum membuat sesuatu. Kita harus faham bila tibanya waktu perayaan peniaga pasti mengambil kesempatan mempromosikan perniagaan mereka dan ini termasuklah kehadiran ceti haram memberikan pinjaman,” katanya.




Tuesday, August 9, 2011

Ragam Bulan Puasa 1

Salam Semua...

Selamat menjalani ibadah puasa dari abah n ummi...

Moga puasa kita di tahun ini lebih mendapat keberkatan dari-Nya.. Aminnn...

Disini ummi hendak cerita tentang ragam-ragam semasa bulan puasa..

Pada hari minggu yang lepas..ummi dan abah nak masak untuk juadah berbuka puasa..

Tapi tak kesampaian akibat kerosakan singki dapur tu..tak tahu la apa puncanya air habis keluar dibawah singki tu..

Abah aper lagi terus menunjukkan skill 'handy mandy -nyer' .....

Jom kiter tengok per yang handy mandy buat...



heheheh..tengok tu lah abis singki tu di kerjakan dek abah....di koreknyer lubang tu..sampai tekeluar la tah aper-aper tah kat dalam lubang tu...eeee..yerkkkk!!!

Akibat kes singki bocor ni..ari tu ummi da tak sempat nak masak...huuhhu

Abah lak aper lagi....jom! kiter bebuka kat luar jer la ari ni yerr...hehhehe

Tengah bersiap-siap nak keluar....

Tiba-tiba..... kringgg..kringggg...(bunyi telefon da..walaupun nada dering sebenarnya bukan begitu..)

..Ngah ,aok kt maner tu..meh sini berbuka kat umah..kitorang da masak banyak..ada patin bakar tempoyak..ada sup ayam... ada bla..bla..bla... ( abang ipar ummi tepon..suruh berbuka kat rumah wan)

Ish..ish..bak kata pepatah : pucuk dicita ulam mendatang..hahah..selamat kami...hehheheh..(gambar makanan tidak dapat nak entry coz tak sempat da masok perot dulu....hahahah...

Sesudah berbuka...budak-budak tu plak nak main bunga api...jom kiter layan gambar-gambar budak2 tu..

ni la org kuat main bunga api..yang tak pakai baju tu lak org kuat beli bunga api n mercun...

tengok ni bunga api ajik!!!

ini plk yaya ngan bunga apinya...
ishh..caca pon berani jgkk !!!!
ajik nak bakar lantai..
naufal suka main mercun letop..
budak ni plk..nampak jer berani tp dia la y paling takot ngan bunga api tu..hahaha
ni la mercun letop tu..seponser by pak teh..(bankrap pak teh...heeheh)
hanya ini saja yang tinggal..saki baki mercun dan bunga api..da bersepah umah wan..ish..ish..ishhh

Ok lah..sekian sahaja untuk kali ini..

lain kali pula kite bercerita ok..mudah-mudahan kita  dapat mengharungi puasa dengan tabah..
bukan hanya setakat berpuasa menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan segala-galanaya..harap kita bersabar dengan segala ujian yang diberi... ( Ingat tu Iblis da kene ikat pada bulan puasa ni..)



Thursday, August 4, 2011

Menu Berbuka Puasa...

Salam semua...

Kali ini ummi hendak cerita pasal menu berbuka puasa pulak ye..

Semalam ummi dan family berbuka puasa di rumah Wan Siti...

Tau tak apa menu special wan siti buat..Santan Durian..

tapi kali ni lain sikit sebab santan durian kali ini bukan dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama pulut..ianya dimakan bersama nasi  ..(bagi ummi tu biasa jer..makanan dari kecik) tapi abah cakap tak pernah makan..tu yang ummi nak citer kat sini tu..heheheh.

Durian tu Aki Dek beli kat tepi jalan..(yer la pokok seniri tak berbuah, pokok moyang pulak kene berebot dengan kera-kera..cuma tinggal buah yang telah ditebok kera sahaja.)

Aki bagitau wan hendak makan santan durian ..memang sudah lama kitorang tak makan..seingat ummi masa kecil-kecil dahulu sahaja yang wan buatnya..

Santan Durian tu dimakan bersama nasi putih dan berlaukkan ikan pekasam bersama sedikit sambal....Perghhhhhh....memang bess bangatt..!!! tak perasan mak mentua lalu belakang. hehhehe...

Jom kiter tengok gambar-gambarnya...


Inilah rupanya santan durian wan siti


ini pulak ikan pekasam

antara menu-menu yang tersenarai
Dibawah ini cara-cara hendak makan santan durian bersama-sama nasi putih.. Sedapnya sampai tak pandang orang kiri kanan..

Abah yang tak pernah makan pun cakap sedap...heheheh

santan durian dimakan bersama nasi.
Satu lagi menu - Gulai lemak kuning ikan baung yang Aki Dek tangkap kat Tasek Bera.. dimasak bersama-sama buah macang..itu pun resepi dari Aki Dek juga..memang bess sangat la...

ini pulak gulai lemak kuning ikan baung bersama buah macang.
 Begitulah al-kisahnya menu berbuka untuk 3 ramadhan..memang simple tapi bess dan sedap yang teramat.

Dan rugi la kepada sesiapa yang tidak dapat rasa tu..hahahah

Ok..untuk hari yang seterusnya akan ummi ceritakan lagi menu-menu yang mengecurkan air liur pembaca sekalian...(tapi ingat jangan menbaca sampai terbatal puasa sudahh...) hahahaahh



Tuesday, August 2, 2011

Demam...

Salam semua...

Semalam 02/08/2011.. ummi terpaksa ambil cuti kecemasan..

Naufal demam..berjangkit..biasalah dah berkawan kan..

Mula-mula haziq demam, selepas itu sudah baik..adib pulak,sekarang adib tak baik lagi da naufal pulak yang kene..

kesian kat budak-budak tu..

malam td pukul 3.00..

macam biasa, naufal akan terjaga sambil menangis-nangis..nak susu..

macam biasa jugak abah dia akan bangun dan buatkan susu naufal sementare ummi mententeramkan naufal daripada menangis yang terlalu kuat..

sedang naufal mengisap susunya..tiba-tiba... uwekkkkk...cepat-cepat ummi bangunkan Naufal sambil menepok belakangnya..abis bantal n cadar n kain ummi kene muntah Naufal...

ummi rasa badannya ..Panasss..ambil termometer...37.3 c... demam lagi..

Abah ambil ubat..punya lah susah Naufal nak telan ubat tu..(kenapa la susah sangat nak makan ubat ..ikot saper la tu..)..banyak yang dia tolak dengan lidahnya..entah banyak maner sangat lah yang masuk dalam perutnya..

Naufal macam biasa akan menangis melalak sambil memejamkan matanya..sudah puas ummi dan abah pujuk..tapi dia tetap menangis juga..

Ummi pon angkat Naufal ke bilik air..sedang mendukungnya..tiba-tiba..uwekkk..muntah lagi..keluar kahak yang berlendir..

terus ummi basuh muka dan kepala Naufal..barulah senyap daripada menangis, buka mata luas-luas..macam tidak ada apa yang berlaku..

agaknya yang dia melalak-lalak kuat-kuat dia mengigau kot...

mmmmm...Naufal naufal....

Selepas itu ummi dukung dia...terlena dalam pangkuan ummi jer..

Sedar-sedar abah kejutkan...bangun sahur...wahhh...ader nasi goreng dan telur mata..sedapnya...terima kasih yer abah Naufal...LUV U lebih-lebih....muahhhh!!!!!!!!!!!







Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum wbt....

Selamat Berpuasa kepada semua umat islam di dunia...

Semoga puasa pada tahun ini mendapat keberkatan dari-Nya.

Amin.....

Friday, July 29, 2011

tadaaaaaaaaaa.............

berwajah baru....

ader aper2 komen dari anda semua tak????

insyallah....

blog akan diup date dari semasa ke semasa...hehehehe..








Monday, May 23, 2011

Bukan Sekarang ......

Salam seme...

Ummi sudah lama tidak berblog...bukannyer apa...cuma masa yang tidak mengizinkan untuk ummi bersantai dihadapan pc...

Waktu kerja tengah sibuk dengan kerja la...lebih-lebih lagi sekarang ni ummi tengah menanggong kerja rakan tengah cuti bersalin...dalam satu masa ummi kena buat 2 kerja serentak...memang tension betul sekarang ni...

Waktu di rumah pula..sibuk dengan keluarga..melayan karenah Naufal dengan Abahnya....Naufal yang semakin membesar sekarang..rasa macam ummi tak nak ketinggalan melihat pembesaran dia....sudah banyak telatah baru yang dia buat...memang buat ummi dengan abah geram...

Ok la...memang banyak yang ummi hendak ceritakan...tapi bukan sekarang....masa memang tidak mengizinkan ummi berblog...tunggu la dimasa yang sesuai...harap kalian faham...babai..

Sunday, April 17, 2011

Kematian adik saiful, apa ceritanya?


Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.


Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk,cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” –JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
















“adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.














Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.















Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )


Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim. [kasturi89.wordpress.com]


Friday, April 15, 2011

Lolipop...

Salam semua..

 Di sini ummi nak bercerita tentang si nofai ni la...

Sekarang dia da besar..da pandai buat 'give me 5' , buat flying kiss, babai, tepok tangan da lamer pandai...mmmm..per lagi yer..cakap malas sikit..da pandai sebot sebenarnyer tapi kadang2 jer dapat dengar.. perkataan 'abah.., mamam, nanak, nak, mmm..cakk, mm..mi, mama, mmuah,....' tp memang jarang sangat2 perkataan2 tu kuar dari mulot dia..wan siti cakap nofai ni pendiam orangnyer,cumer cakap perkataan yang perlu pada masa yang perlu sahaja..lebih kurang macam ummi dia kot...uhuhhuhu..yer ler tu (pasan jgk aku ni)..hehhehhe...

Per2 pon moh kiter layan gamba berbagai aksi cumelnyer dan aksinyer makan lolipop bersama abahnyer..first time bagi da xmo dilepaskan...



abah pon nak jugak!

pas mulot nofai disuapnyer ke mulot abahnyer..

dapnyer...


suker main spek mater beso..

mmmmm.....

cakkkkkk!!!!

peace!!

hello!!!
meleleh air liornyer...

per pandang2???

aummmm....

Diatas antare gamba2 terbaru Mohd Afiq Naufal...

Sekian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...