Followers

Tuesday, August 2, 2011

Demam...

Salam semua...

Semalam 02/08/2011.. ummi terpaksa ambil cuti kecemasan..

Naufal demam..berjangkit..biasalah dah berkawan kan..

Mula-mula haziq demam, selepas itu sudah baik..adib pulak,sekarang adib tak baik lagi da naufal pulak yang kene..

kesian kat budak-budak tu..

malam td pukul 3.00..

macam biasa, naufal akan terjaga sambil menangis-nangis..nak susu..

macam biasa jugak abah dia akan bangun dan buatkan susu naufal sementare ummi mententeramkan naufal daripada menangis yang terlalu kuat..

sedang naufal mengisap susunya..tiba-tiba... uwekkkkk...cepat-cepat ummi bangunkan Naufal sambil menepok belakangnya..abis bantal n cadar n kain ummi kene muntah Naufal...

ummi rasa badannya ..Panasss..ambil termometer...37.3 c... demam lagi..

Abah ambil ubat..punya lah susah Naufal nak telan ubat tu..(kenapa la susah sangat nak makan ubat ..ikot saper la tu..)..banyak yang dia tolak dengan lidahnya..entah banyak maner sangat lah yang masuk dalam perutnya..

Naufal macam biasa akan menangis melalak sambil memejamkan matanya..sudah puas ummi dan abah pujuk..tapi dia tetap menangis juga..

Ummi pon angkat Naufal ke bilik air..sedang mendukungnya..tiba-tiba..uwekkk..muntah lagi..keluar kahak yang berlendir..

terus ummi basuh muka dan kepala Naufal..barulah senyap daripada menangis, buka mata luas-luas..macam tidak ada apa yang berlaku..

agaknya yang dia melalak-lalak kuat-kuat dia mengigau kot...

mmmmm...Naufal naufal....

Selepas itu ummi dukung dia...terlena dalam pangkuan ummi jer..

Sedar-sedar abah kejutkan...bangun sahur...wahhh...ader nasi goreng dan telur mata..sedapnya...terima kasih yer abah Naufal...LUV U lebih-lebih....muahhhh!!!!!!!!!!!







Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum wbt....

Selamat Berpuasa kepada semua umat islam di dunia...

Semoga puasa pada tahun ini mendapat keberkatan dari-Nya.

Amin.....

Friday, July 29, 2011

tadaaaaaaaaaa.............

berwajah baru....

ader aper2 komen dari anda semua tak????

insyallah....

blog akan diup date dari semasa ke semasa...hehehehe..








Monday, May 23, 2011

Bukan Sekarang ......

Salam seme...

Ummi sudah lama tidak berblog...bukannyer apa...cuma masa yang tidak mengizinkan untuk ummi bersantai dihadapan pc...

Waktu kerja tengah sibuk dengan kerja la...lebih-lebih lagi sekarang ni ummi tengah menanggong kerja rakan tengah cuti bersalin...dalam satu masa ummi kena buat 2 kerja serentak...memang tension betul sekarang ni...

Waktu di rumah pula..sibuk dengan keluarga..melayan karenah Naufal dengan Abahnya....Naufal yang semakin membesar sekarang..rasa macam ummi tak nak ketinggalan melihat pembesaran dia....sudah banyak telatah baru yang dia buat...memang buat ummi dengan abah geram...

Ok la...memang banyak yang ummi hendak ceritakan...tapi bukan sekarang....masa memang tidak mengizinkan ummi berblog...tunggu la dimasa yang sesuai...harap kalian faham...babai..

Sunday, April 17, 2011

Kematian adik saiful, apa ceritanya?


Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.


Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk,cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” –JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
















“adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.














Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.















Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )


Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim. [kasturi89.wordpress.com]


Friday, April 15, 2011

Lolipop...

Salam semua..

 Di sini ummi nak bercerita tentang si nofai ni la...

Sekarang dia da besar..da pandai buat 'give me 5' , buat flying kiss, babai, tepok tangan da lamer pandai...mmmm..per lagi yer..cakap malas sikit..da pandai sebot sebenarnyer tapi kadang2 jer dapat dengar.. perkataan 'abah.., mamam, nanak, nak, mmm..cakk, mm..mi, mama, mmuah,....' tp memang jarang sangat2 perkataan2 tu kuar dari mulot dia..wan siti cakap nofai ni pendiam orangnyer,cumer cakap perkataan yang perlu pada masa yang perlu sahaja..lebih kurang macam ummi dia kot...uhuhhuhu..yer ler tu (pasan jgk aku ni)..hehhehhe...

Per2 pon moh kiter layan gamba berbagai aksi cumelnyer dan aksinyer makan lolipop bersama abahnyer..first time bagi da xmo dilepaskan...



abah pon nak jugak!

pas mulot nofai disuapnyer ke mulot abahnyer..

dapnyer...


suker main spek mater beso..

mmmmm.....

cakkkkkk!!!!

peace!!

hello!!!
meleleh air liornyer...

per pandang2???

aummmm....

Diatas antare gamba2 terbaru Mohd Afiq Naufal...

Sekian....

Thursday, April 14, 2011

Harga patin berpatutan




Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.

Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.

Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.
Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...