Followers

Wednesday, June 20, 2012

8 bulan da....

Salam Semua..

Maaf la terlambat update blog..bukan per..kadang2 tu malas jer yang banyaknyer..

Mmmm....sedar tak sedar, kandungan ummi da mencecah usia 8 bulan..sekarang ni sudah 35 minggu..

Untuk pengetahuan semua..ummi telah ditetapkan tarikh untuk czer.. iaitu pada 10/7/2012 awal 2 minggu dari due date sepatutnyer pada 25/7/2012.

Mengapa kena czer yer???

Mesti itu pertanyaan korangkan...

Ok la seperti yang telah diterangkan oleh doktor pakar kepada ummi dan abah..

Beliau terangkan..semasa ummi melahirkan naufal 3 tahun lepas melalui pembedahan kecemasan..masa tu rahim tidak matang lagi iaitu 30 minggu,doktor telah memotong rahim secara menegak untuk mengeluarkan baby..

Jadi sekarang walaupon sudah 3 tahun berlalu..apabila ummi mengandung, usia kandungan tidak boleh mencecah 40 minggu seperti kandungan-kandungan lain..rahim tidak boleh membesar kerana risiko RAHIM PECAH mungkin akan berlaku. bayi akan dikeluarkan apabila usia kandungan cukup 9 bulan (36 minggu) kerana bayi telah matang diusia itu.

Walaupon sudah puas ummi meminta untuk bersalin normal, akan tetapi doktor tetap tidak mengizinkan..beliau tidak mahu mengambil risiko.

Jadi sekarang,doktor pakar telah menetapkan tarikh masuk wad pada 9/7/2012 dan akan diczer keesokkan harinyer 10/7/2012.Semasa itu kandungan ummi sudah mencecah 38 minggu..harap baby sihat untuk menghadapi dunia barunyer..

Oklah walaupon takot bercampor gembira sekarang..(takot nak masok OT..gembira dapat baby cepat..) harap-harap semuanyer selamat...

Ummi dan Abah mintak sangat-sangat pembaca doakan moga ummi dan baby selamat..Minta Maaf diatas kesalahan yang sengaja atau tidak..halalkan makan dan minum..Terima Kasih semua..hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnyer....










bergambar kenangan semasa kandungan 8 bulan...

Wednesday, June 6, 2012

Bahaya Kaki Kejang Ketika Mengandung

Salam semua...

Kali ni ummi nak citer pasal kaki kejang @ kaki cramp.Biasanyer ia berlaku pada bahagian betis..memang sakit sangat-sangat...

Untuk pengetahuan semua ummi sekarang da masok 8 bulan tau..33 minggu 2 hari..sekejap jer rasakan..lagi 7 minggu da sampai 40 hari iaitu tarikh due 25/07/2012...

Alhamdulillah setakat ni kesihatan ummi cukup terjaga..TERIMA KASIH BUAT SEMUA,keluarga,kawan-kawan dan TERUTAMA SUAMI TECINTA yang banyak sangat-sangat berkorban menguruskan segala-galanyer...

Ok..jom kiter berbalik ker tajuk kiter..pernah x korang alami kaki cramp ni?? Biasanya berlaku di bahagian betis..waktu tak hamil pun pernah juga berlaku..skrg ni, bila tgh mengandung pun ia jadi juga..kejang kaki ni bahaya sgt tau..boleh menyebabkan kematian mengejut baby dalam kandungan dan ada kes ibu juga mati beberapa minit selepas bayinya mati dlm kandungan gara2 kekejangan yg teruk ni...wahhh menakutkan bukan??? ummi pun selalu mengalami kejang kaki ni...sakitnye ya rabbbi.....tuhan je tau..maybe sebab sejuk sgt...tido malas nk pakai stoking..yer la bukan per, da la panas..takkan nak pkai stokin lakkan...lg la pnsnyer..ngan airkon lg..ngan kipas lg dok ngadap kiter...mner ler kaki tak masok angin...hhuhuu

Kalau korang nk tau, entry ni ummi copy paste jer dari sumber2 yang bleh dipercayai...heheheh

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki (yela, badan nk tampung berat baby lagi kan) Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan kita dari tidur yang nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.(hahah...ader satu kali tu..ummi cramp kaki ni..terjaga dr tido sakit sangat...ummi jerit-jerit la panggil abah..abah punyer la megelabahnyer bangun..dia ingatkan ummi nak bersalin da...dia da takot..hehehhe)

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan: Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) Kekurangan kalsium di dalam aliran darah, Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki.




Terdapat beberapa cara yg boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:

1. Meregang. Mula dengan luruskan kaki- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
2. Urut otot yang kejang.
3. Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
4. Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.

Selain itu boleh juga mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:

1.Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
2. Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
3.Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
4.Makan makanan kaya dengan kalsium.
5.Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
6. Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.

Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan nasihat dari doktor. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Ok la..cukup dulu kiter citer pasal ni..nanti kiter pasal lain plak ok..doakan moger kandungan ummi sampai mencecah 40 hari yer..uhuhuh

Monday, May 21, 2012

Saat merasa pergerakan bayi dalam kandungan...

Salam semua..

Kandungan ummi sekarang sudah mencapai 31 minggu...Pergerakannyer makin kuat tau...
Sekarang ummi sudah muler mengira pergerakannyer...walaupon da anak ketiga...ummi masih lg blur macamaner nak mengira pergerakan baby ni...

Macam yang Misi klinik ibu bagitau.. Dia cakap boleh start kira bila kandungan dah masuk 27 minggu. Cara dia macam ni. Start kira dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. Pergerakan mesti cukup 10 kali dalam masa 12 jam.kalau rasa tendangan yang kuat dushhh! sekali, kita kira 1 kali. Pastu selang beberapa minit pastu rasa gerakan kecik je macam dia tersedu tapi banyak kali, pun dikira 1 kali. Kalau rasa baby macam berpusing sampai perut pun nampak berombak, kira 1 kali. MAcam tu la seterusnya sampai cukup 10 kali.

pastu kalau sampai pukul 9 malam tak cukup jugak, cepat-cepat pergi klinik atau hospital sebab takut something wrong. Takut baby terbelit tali pusat. Kalau cepat mungkin boleh diselamatkan lagi.

Biasernyer ummi kire..stat kol 9.00 pagi..tp abis jer cukup 10 kali mesti dalam kol 6.30 ptg...ummi pon tak pasti tol ker tak..ummi ader jugak tanyer member2 macamner kire..pastu abis kire kol brp..diorg pon ckp normal abis macamtu..pastu kalu malam jer lagi la kuat dia dok berombak2..sampai senak jugak la pewot ni...nak tidor pon da tak lene tau..huhuhuh....kadang2 tu pewot ummi ni sampai berombak2..kejap senget kiri..kejap senget kanan..Abah pon da suker main ngan pewot ummi sekarang..biler berombak2 jer lg ditekan2nyer..baby tu pon melawan jgk...heheehe..naufal pon samer..banyak kali jugak ummi ajar dia..kene rajin bercakap dengan adik..bagi adik kuat jugak macam abang naufal...hehehehhe..

Oklah....Bagi bakal2 ibu yg pertama kali merasai alam kehamilan pasti ternanti2 saat pertama kali merasa pergerakan bayi.Boleh la baca en3 kat bawah ni..ummi copy paste jer dr babycenter.com..

Apakah dan bagaimanakah reaksi anda sewaktu pertama kali dapat merasa pergerakan tersebut? Mungkin ade yg kekadang tertanya2 adakah gerakan yg kita rasakan itu adalah pergerakan yg terhasil daripada bayi atau sekadar gerakan angin dalam perut kita, tak pun hanyalah imiginasi kita semata2...

pastinya juga saat pertama kali kita dapat merasakan pergerakan bayi kita itu, kita tak sabar2 ingin kongsi dengan yg tersayang, dan sebolehnya kita mahu suami kita juga dapat melihat dan merasa apa yg kita rasakan bukan? Dan bagi bakal bapa juga, setidaknya pasti senyuman akan terukir dibibir tatkala merasa pergerakan hero/heroinnya menendang2.

Tidak kurang juga ade pasangan yang tak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan saat pergerakan ini berlaku, dan ade juga yg mengambil gambar kenangan tapak kaki bayi yg kelihatan timbul di permukaan kulit perut si ibu. Ini la salah satu keajaiban alam kehamilan.

Bagi bakal2 ibu yg pertama kali hamil, adalah normal sekiranya tidak menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak. Mungkin anda hanya akan menyedarinya diantara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi yang sudah mempunyai pengalaman mengandung pula, pergerakan ini boleh disedari lebih awal lagi iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Pada peringkat awal, anda akan merasai pergerakan lemah lembut dari bayi anda dan kekadang terasa seperti denyutan di perut anda. Pergerakan bayi anda akan berubah seiring dengan perkembangan pembesarannya dari pergerakan lemah lembut kepada tendangan-tendangan kuat, dan berlaku dengan lebih kerap. Namun begitu, anda harus tahu bahawa bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa.

Ini kerana, ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan tidur dan ada masa-masanya tertentu anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring, berehat dan hendak tidur!Adalah normal jika semasa anda sedang sibuk, anda kurang menyedari pergerakan bayi anda.

Berikut sedikit panduan pergerakan bayi didalam kandungan mengikut minggu:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.


Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.


Pada minggu ke-32

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.


Dalam lingkungan minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.


Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Sumber : babycenter.com

Thursday, May 17, 2012

30 minggu 3 hari ....

Salam semua pembaca blog..

Disini ummi nak cerita pasal kandungan ummi sudah sampai ker minggu 30..sudah berjaya melebihi had kandungan yang lepas tu..ummi berdoa sangat2 kandungan kali ni sampai mencecah 40 minggu...huhuh.

Semalam pegi cheakup kat klinik ibu...ader sikit masalah.. air kencing kotor..(patut la ummi ader rase sakit tapi sikit jer la..biler nak buang air kecil tu..) misi nasihatkan minum air masak banyak2 sangat walaupun ummi da minum banyak tapi masih tak mencukupi...pastu misi nasihatkan juga amalkan minum air barli...( yer biji barli tu direbus kemudian diminum airnyer..elok untuk mengatasi kencing kotor tau..) pastu misi tengok kaki ummi pun da bengkak..yerla semalam tu..memang tak duduk diam berjalan jer..walaupun dalam ofis, yer la kalu tak keje tak siap pulakkan...huhhuu ..misi nasihatkan ummi kene banyakkan berehat...kurangkan pergerakan...

ok sebenarnyer masa kandungan 28 minggu hari tu,ummi ader temujanji dengan pakar O&G di HOSHAS..tapi biler masuk bilik doktor bukan pakar yang cheak..hanyer doc biasa...semasa scan doc tu mendapati baby kedudukanyer songsang..kepala di atas, kaki dibawah..uri @ plasenta berada dibawah tapi yang bestnyer dia kater... "macam kat bawah tapi type 1 kot"..pastu dia panggil lg sorang doc tu tengok..doc tu pon kater macam tu jgk..doc yang tu mengesahkan plasenta previa/ PP type 1 posterior...tapi ummi tetap tak puashati langsung..huhu..pastu ummi sajer jer tanyer.." doc ader nampak ker boy ker girl.." doc jwb per tau.."mmmm...saya pun tak beraper pandai jgk nak tengok ni..mcm girl kot!!..lagi sekali tak puas hati langsung la dgn jawapan doc tu...cumer satu jer ayat yang puashati sikitnyer.."kandungan puan ni masih di peringkat awal..biasanyer kedudukan bayi dan uri masih boleh berpusing lagi"...ok la bleh la wat ayat penenang diri....uhuhuhh..

Ummi tengok muka abah da macam tak puashati jer...keesokan harinyer kami pergi ker klinik swasta..pakar sakit puan O&G dimentakab...biler pakar tu cheak jer..dia ckp "bayi awak kepala diatas yer..tapi masih awal dia boleh berpusing lagi..uri pulak kedudukan elok sajer diatas".... ish..mcm tak percaya kan..kenapa sorg doc ckp lain..dan yang sorg lg ckp lain...tp yang bestnyer dia menunjukkan jantina bayi tu.."awak akan dpt boy yer..ni awak nampak dia punyer biji"..hahahah..memang jelas nampak depan mater...heheheheh.(nampaknyer nofai da ader saingan la..patut la dia meragam jer tak mo kat ummi..upernyer kat dalam ni sama jantina..hahahha) muker abah pun da berubah ...puashati dapat jawapan yang pasti...tau abah ckp per " ok jom kiter g shopping baju woner biru..." mmm..ader la teman abah kat padang lg...huhuhu..

ok..la yer..ummi raser cukup dulu untuk kali ni..kang citer banyak2 kang tak best plak..kiter sambong sok plak yer...(sowi yer kali ni takder gamba la...tak sempat nak letak..) huhuhh..

Tuesday, May 15, 2012

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (1-40 minggu)


Perkembangan Bayi Minggu 1

Lapan hari selepas persenyawaan,blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.


Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari.

Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.


Perkembangan Bayi Minggu 2

Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.

Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.


Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi

asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.


Perkembangan Bayi Minggu 3

Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm.

Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.


Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu.

Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria.

Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas.


Perkembangan Bayi Minggu 4

Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.

Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)


Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan

ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan.


Perkembangan Bayi Minggu 5

Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya

masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.


Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.

Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.


Perkembangan Bayi Minggu 6

Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.

Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat.

Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng

dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.


Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi.
Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral.


Perkembangan Bayi Minggu 7

Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.


Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu,

jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.

Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan.


Perkembangan Bayi Minggu 8

Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk.
Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.


Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.


Perkembangan Bayi Minggu 9

Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.


Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan

berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda.


Perkembangan Bayi Minggu 10

Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari

yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.


Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.


Perkembangan Bayi Minggu 11

Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak

normalan pada janin dan jangkitan tertentu.


Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.


Perkembangan Bayi Minggu 12

Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.


Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.


Perkembangan Bayi Minggu 13

Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.


Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.


Perkembangan Bayi Minggu 14

Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.


Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.


Perkembangan Bayi Minggu 15

Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.


Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.


Perkembangan Bayi Minggu 16

Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.


Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.


Perkembangan Bayi Minggu 17

Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.


Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa.


Perkembangan Bayi Minggu 18

Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.


Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih.


Perkembangan Bayi Minggu 19

Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi.
Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.


Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.



Perkembangan Bayi Minggu 20

Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.


Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.



Perkembangan Bayi Minggu 21

Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.


Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.


Perkembangan Bayi Minggu 22


Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.


Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.


Perkembangan Bayi Minggu 23

Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.


Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 – 15 minit setiap hari sebelum tidur.


Perkembangan Bayi Minggu 24

Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran.


Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda.


Perkembangan Bayi Minggu 25

Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.


Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta ayat-ayat Al-Quran.


Perkembangan Bayi Minggu 26

Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.


Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat.


Perkembangan Bayi Minggu 27

Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa


Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.


Perkembangan Bayi Minggu 28

Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.


Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.


Perkembangan Bayi Minggu 29

Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.


Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Ingin tahu bagaimana memilih bantal khusus untuk ibu hamil serta cara posisi yang baik sila dapatkan Buku Dairi Hamil yang terdapat diruang Kedai Buku Online dalam page ini.



Perkembangan Bayi Minggu 30

Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.


Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.


Perkembangan Bayi Minggu 31

Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.


Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.


Perkembangan Bayi Minggu 32

Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.


Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.


Perkembangan Bayi Minggu 33

Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.


Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.


Perkembangan Bayi Minggu 34

Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.


Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.


Perkembangan Bayi Minggu 35

Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.


Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.


Perkembangan Bayi Minggu 36

Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.


Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.


Perkembangan Bayi Minggu 37

Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.


Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.


Perkembangan Bayi Minggu 38

Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.


Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.


Perkembangan Bayi Minggu 39

Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.


Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta berzikir untuk membantu keresahan.


Perkembangan Bayi Minggu 40


Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.


Nota Hamil : Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran. Pastikan suami anda menemani anda pada saat ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...